1.
GazeBox
GazeBox adalah sistem
perlindungan lipat baru. Ia boleh digunakan sebagai gazebo moden atau sebagai
garaj untuk kereta. Panel anti polikarbonat UV khas memberikan perlindungan
daripada matahari, hujan, angin, ais, binatang dan burung serta tidak
mengekalkan haba. Produk buatan Itali.
2. I
health blood pressure dock
I health blood
pressure dock adalah satu alat yang berfungsi untuk memantau tekanan darah
dan denyutan jantung yang digunakan bersama telefon pintar seperti Iphone, ipad
dan sebagainya. Alat ini menolong individu dan ahli kelurga dalam memberi
kesedaran tentang kepentingan kesihatan. Ia amat sesuai dan mudah dibawa
kemana-mana sahaja contohnya ke tempat kerja, bilik air, di rumah dan
sebagainya kerana saiznya yang tidak berat dan tidak besar. Ia juga boleh dicas
jika kekurangan bateri.
Cara penggunaan:
1)Anda mestilah memuat turun
aplikasi ini ke dalam telefon pintar anda
2)Kemudian, sambungkan
telefon pintar anda dengan dok tersebut
3)Pasangkan cuff tekanan
darah di lengan anda
4)Tekan butang mula
dalam aplikasi tersebut
5)Kemudian, bacaan tekanan
darah dan denyutan jantung anda akan keluar menerusi skrin telefon pintar anda
bersama graf .
Alat ini amat sesuai kepada pesakit yang mempunyai penyakit tekana darah
tinggi. Bagi pesakit ini mereka boleh monitor tekanan darah mereka pada
bila-bila masa dan di mana jua sebagai langkah berjaga jika terdapat tanda
tanda gejala tekanan darah tinggi seperti sakit kepala dan pemandangan kabur.
3. X-Tremus
Brace
Jenama kelengkapan
perlindungan sukan terkemuka, La Pointique atau LP Support (LP) yang semakin
popular di kalangan ahli sukan amatur dan profesional baru-baru ini melancarkan
barisan terbaru produk dari siri X-tremus.
Dibangunkan dengan teknologi sukan berketepatan tinggi, pendakap X-tremus
memenuhi keperluan setiap atlet dengan perlindungan dan daya prestasi ke tahap
maksimum.
Pendakap atau pelapik sukan
terbaru LP itu adalah keperluan setiap atlet khususnya bagi mereka yang
terlibat di dalam sukan-sukan pantas seperti bola tampar, bola keranjang, bola
sepak dan sukan beraket.
Berbeza dengan barisan
produk LP yang sedia ada, siri lebih eksklusif ini dipertingkatkan dengan
jahitan (kait) tiga dimensi (3D) untuk membolehkan pergerakan yang lebih
fleksibel.
Kehebatan X-tremus datang
dari binaan kompleks yang memanfaatkan tiga teknologi terbaru iaitu pita kuasa
ajaib, struktur kontur stabil dan binaan lebih tahan dan kemas.
Produk siri teratas keluaran
jenama antarabangsa itu kini boleh didapati untuk kegunaan pada empat lipatan
utama iaitu pergelangan tangan, siku, lutut dan buku lali.
Selain cengkaman yang
dipertingkatkan melalui jahitan 3D, balutan elastik X-tremus berupaya menyerap
dan melepaskan semula tenaga setiap kali pergerakan sendi dilakukan. Kelebihan
yang memberikan atlet lebih prestasi.
Self-balancing pertama, mesin
pengangkutan bertenaga elektrik dicipta oleh Dean Kamen, yang dikenal sebagai diciptakan
pada tahun 2000.
Diluncurkan pada tahun 2001 oleh syarikat Segway transporter, memerlukan manusia menggunakan kestabilan dinamik untuk
mengaktifkan transporter bagi keseimbangan diri dengan bantuan sensor
kemiringan, gyroskop dan perangkat komputer built-in.
Transporter menyesuaikan
dengan gerakan tubuh pada tahap 100 gerakan per-saat. Model pertama tidak
dilengkapi dengan rem dan meluncur pada kelajuan 12 km per jam, kelajuan dan
arah dapat dikendalikan oleh mekanisme manual.
Sebuah model improvisasi yang dinaik
taraf kembali pada tahun 2006 memungkinkan pengguna untuk menyesuaikan
kecepatan dan arah melalui bantuan komputer juga.
5.
Drone (Unmanned Aerial Vehicle)
Pada awalnya, drone
digunakan untuk keperluan ketenteraan. Bahkan hingga hari ini, teknologi drone
untuk ketenteraan semakin canggih dan mengagumkan. Namun, banyak pula drone
yang telah diciptakan untuk keperluan bukan ketenteraan. Contohnya untuk
keperluan pengambilan gambar dan video dalam bidang perfileman dan kajian
termasuk risikan. Turut terdapat dalam kalangan orang awam yang memiliki drone
hanya untuk sekadar hobi untuk memiliki pesawat tanpa juruterbang ini.
6. Battleview
360 – Helmet “Pandangan X-Ray” Menembusi Perisai Kereta Kebal
Masalah utama kereta kebal
sejak kali pertama kemunculannya ialah kesukaran krew untuk melihat dunia luar.
Ini mendedahkan mereka kepada serangan menggunakan ATGM (anti tank
guided missile) dari arah belakang. Kereta kebal Merkava milik Israel yang
dikatakan paling selamat turut menjadi mangsa ATGM pihak Hezbollah. Oleh itu
sistem yang membenarkan krew mempunyai pandangan 360 adalah penting bagi
memastikan boleh terus memburu musuh dan bukannya menjadi mangsa buruan.
BattleView 360 ialah sistem
helmet yang membolehkan krew kereta kebal untuk melihat menembusi perisai besi
yang mengelilingi mereka seperti pandangan X-Ray . Tiga kamera video lensa
sudut lebar dipasang pada bahagian luar kereta kebal dan gambar komposit
panorama 360 darjah dihasilkan. Melalui helmet dengan paparan khas, pemandu dan
komander kereta kebal dapat melihat keadaan sekeliling kenderaan yang mereka
naiki. Masalah titik buta yang dieksploitasikan pengendali ATGM kini
dihapuskan. Sistem BattleView 360 menggunakan semula teknologi yang digunakan
pada helmet juruterbang pesawat pejuang Lockheed F-35 Lighning II dengan
kemampuan yang serupa.
Buat masa ini BattleView 360
masih lagi dalam proses percubaan bersama tentera Sweden. Halangan utama
teknologi ini ialah kos dan saiz helmet yang besar. Ruang masih lagi premium di
dalam sebuah kereta kebal dan penggunaan helmet gergasi masih lagi belum
praktikal untuk dunia sebenar. Pada waktu yang sama tentera Norway juga sedang
mencuba teknologi yang seakan serupa pada kereta perisai mereka menggunakan
Oculus Rift.
7. Leveranged
freedom chair
Untuk berjuta-juta orang
kurang upaya, kerusi roda merupakan kenderaan terpenting untuk membantu
pergerakan mereka. Namun, kerusi roda yang sedia ada tidak mampu untuk mencapai
setiap pergerakan. Leveranged Freedom Chair (LFC) satu ciptaan baru yang dihasilkan
bagi mengatasi masalah ini. Reka bentuk kerusi roda ini membolehkan ia bergerak
di atas pelbagai permukaan. Keupayaan LFC dalam mendatangkan kepuasan kepada
pengguna sememangnya tidak dapat di nafikan. Malahan inovasi ini telah terpilih
menjadi salah satu peserta peringkat akhir Fast Company Inovation by Design
Award pada tahun 2012.
8.
Basikal terbang
Basikal terbang yang direka
supaya anda mampu terbang di udara dengan hanya menggunakan kayuhan. Basikal
terbang yang direka oleh 'team designer' terdiri daripada Technodat, Evektor
dan Duratec ini membolehkan anda terbang di udara selama 5 minit, dengan
menggunakan konsep gabungan struktur duralumin yang ringan, daya dorongan
berketepatan tinggi dan teknologi penstabilan yang 'advanced'. Basikal seberat
85kg ini mampu digerakkan selama antara 30-50 minit, dengan kelajuan maksimum
mencapai sehingga 50 kilometer sejam.
9.
Skuter Bagasi
Kenderaan jenis skuter yang
begitu mudah dan sesuai digunakan sememangnya menjadi kegemaran bagi beberapa
kalangan di pelbagai belahan penjuru dunia. Hal tersebut nampaknya menjadi
inspirasi bagi beberapa perusahaan kenderaan bermotor di dunia untuk
mengembangkan kenderaan roda dua yang memiliki mesin automatik agar lebih
inovatif dan lebih baik lagi. Akhirnya hal tersebut pun mula diciptakan oleh
sebuah syarikat outomatif Denmark yang menciptakan skuter pelbagai guna yang
unik, di mana skuter tersebut memiliki bagasi yang begitu sesuai digunakan
termasuklah untuk bersiar-siar.
10. Aeromobil
3.0
Berat kenderaan ini adalah
400 kg sahaja dan dapat mencapai 700km sejam dalam setiap penerbangan. Juraj Vuculik adalah pencipta kepada kenderaan ini. Kenderaan
ini hanya memerlukan landasan 200 meter untuk terbang.
Daripada segi reka bentuk
pula, kenderaan ini mempunyai sayap menjangkau 8 meter panjang dan pada setiap
penerbangan, kenderaan ini hanya menggunakan 7,5 liter minyak buat setiap 100
km perjalanan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan