Isnin, 14 Disember 2015

Buli Siber

Jumlah pengguna internet dan alat peranti komunikasi meningkat dengan mendadak dalam kalangan belia dan pelajar sekolah. Seiring dengan perkembangan teknologi, laman web sosial juga menjadi kegilaan dan fenomena dalam kalangan penggunanya. Walaupun memberikan faedah dan mempunyai kelebihan, pada masa yang sama, senario ini turut meningkatkan gejala buruk dalam alam siber, antaranya buli siber dan gangguan siber.



Buli siber dapat diterjemahkan sebagai gangguan atau buli yang melibatkan golongan bawah umur menerusi aplikasi alat berteknologi seperti telefon, komputer, dan lain-lain. Buli siber berlaku apabila seseorang individu – biasanya dalam kalangan remaja atau kanak-kanak – dibuli, diganggu, diugut, atau dimalukan dalam internet.



Buli siber menjadi isu yang semakin membimbangkan masyarakat di negara maju seperti Amerika Syarikat. Kes membunuh diri dalam kalangan pelajar yang meningkat di negara maju disebabkan oleh buli siber mengakibatkan beberapa negara mulai menguatkuasakan undang-undang untuk menyekat gejala ini daripada menular.

Antara kes yang menggemparkan masyarakat hingga mendorong usaha penguatkuasaan undang-undang termasuklah kematian mangsa buli siber, Ryan Halligan, yang membunuh diri selepas dibuli dan dimalukan di internet pada tahun 2003. Sementara itu, Megan Meier pula mengambil keputusan untuk membunuh diri pada tahun 2006 kerana dibuli dalam laman sosial MySpace.

Kedua-dua mangsa buli siber mengambil keputusan untuk menamatkan hidup pada usia seawal 13 tahun. Pendek kata, buli siber dilakukan dengan niat untuk memberikan tekanan kepada mangsa.

Jenis-jenis buli siber:

-Mesej yang mengganggu dan mengancam.

-Menyalahgunakan kata laluan atau nama skrin orang lain atau menyamar sebagai orang lain.

-Memanjangkan e-mel, foto atau video kepada orang lain.

-Memuat naik komen atau gambar yang tidak senonoh.

-Sexting(tindakan menghantar gambar, mesej atau video berunsurkan seksual menggunakan telefon bimbit).

-Memulaukan individu tertentu daripada sesuatu kumpulan internet dengan sengaja.



Sebuah kajian yang dijalankan ke atas 9,651 orang pelajar daripada 459 buah sekolah rendah dan menengah di seluruh negara mendapati sebanyak 13 peratus (1,255 orang pelajar) dari responden mengaku bahawa mereka sedang menjadi mangsa buli siber, manakala 26 peratus (2,509 orang pelajar) pula mengaku pernah menjadi mangsa buli siber.

Kajian yang dijalankan oleh CyberSecurity Malaysia, Kementerian Pendidikan dan DiGi Telecommunications Sdn Bhd pada tahun 2013 ini membuktikan bahawa gejala buli siber semakin menular dalam kalangan pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah di negara ini.
Dapatan kajian tersebut juga menggambarkan bahawa pelajar-pelajar kini semakin terdedah kepada pelbagai ancaman, ugutan atau gangguan daripada pembuli siber menerusi telefon bimbit, e-mel, pesanan ringkas (SMS) dan laman sosial.

Berbeza berbanding kes buli tradisional, buli siber yang berlaku di alam siber tanpa sempadan fizikal adalah begitu mudah berlaku. Siapa-siapa sahaja boleh terdedah menjadi pembuli siber atau mangsa buli siber. Ia juga boleh berlaku pada bila-bila masa. Bahkan identiti pembuli siber juga sukar untuk dikenal pasti.

Justeru itu, pendekatan preventif yang proaktif, pendidikan dan kempen kesedaran yang holistik harus diadakan secara konsisten bagi mencegah budaya buli di sekolah dan meningkatkan kesejahteraan siber yang melibatkan kumpulan sasar seperti kanak-kanak, remaja, ibu bapa, guru sekolah dan orang awam. 

Selasa, 8 Disember 2015

GAMBAR TEKNOLOGI & INOVASI

1. GazeBox


GazeBox adalah sistem perlindungan lipat baru. Ia boleh digunakan sebagai gazebo moden atau sebagai garaj untuk kereta. Panel anti polikarbonat UV khas memberikan perlindungan daripada matahari,  hujan, angin, ais, binatang dan burung serta tidak mengekalkan haba. Produk buatan Itali.




2. I  health blood pressure dock



I  health blood pressure dock adalah satu alat yang berfungsi untuk memantau tekanan darah dan denyutan jantung yang digunakan bersama telefon pintar seperti Iphone, ipad dan sebagainya. Alat ini menolong individu dan ahli  kelurga dalam memberi kesedaran tentang kepentingan kesihatan. Ia amat sesuai dan mudah dibawa kemana-mana sahaja contohnya ke tempat kerja, bilik air, di rumah dan sebagainya kerana saiznya yang tidak berat dan tidak besar. Ia juga boleh dicas jika kekurangan bateri.

Cara penggunaan:
1)Anda mestilah memuat turun aplikasi ini ke dalam telefon pintar anda
2)Kemudian, sambungkan telefon pintar anda dengan dok tersebut
3)Pasangkan cuff tekanan darah di lengan anda
4)Tekan  butang mula dalam aplikasi tersebut
5)Kemudian, bacaan tekanan darah dan denyutan jantung anda akan keluar menerusi skrin telefon pintar anda bersama graf .

Alat ini amat sesuai kepada pesakit yang mempunyai penyakit tekana darah tinggi. Bagi pesakit ini mereka boleh monitor tekanan darah mereka pada bila-bila masa dan di mana jua sebagai langkah berjaga jika terdapat tanda tanda gejala tekanan darah tinggi seperti sakit kepala dan pemandangan kabur.




3. X-Tremus Brace 


 Jenama kelengkapan perlindungan sukan terkemuka, La Pointique atau LP Support (LP) yang semakin popular di kalangan ahli sukan amatur dan profesional baru-baru ini melancarkan barisan terbaru produk dari siri X-tremus.



Dibangunkan dengan teknologi sukan berketepatan tinggi, pendakap X-tremus memenuhi keperluan setiap atlet dengan perlindungan dan daya prestasi ke tahap maksimum.

Pendakap atau pelapik sukan terbaru LP itu adalah keperluan setiap atlet khususnya bagi mereka yang terlibat di dalam sukan-sukan pantas seperti bola tampar, bola keranjang, bola sepak dan sukan beraket.

Berbeza dengan barisan produk LP yang sedia ada, siri lebih eksklusif ini dipertingkatkan dengan jahitan (kait) tiga dimensi (3D) untuk membolehkan pergerakan yang lebih fleksibel.

Kehebatan X-tremus datang dari binaan kompleks yang memanfaatkan tiga teknologi terbaru iaitu pita kuasa ajaib, struktur kontur stabil dan binaan lebih tahan dan kemas.

Produk siri teratas keluaran jenama antarabangsa itu kini boleh didapati untuk kegunaan pada empat lipatan utama iaitu pergelangan tangan, siku, lutut dan buku lali.

Selain cengkaman yang dipertingkatkan melalui jahitan 3D, balutan elastik X-tremus berupaya menyerap dan melepaskan semula tenaga setiap kali pergerakan sendi dilakukan. Kelebihan yang memberikan atlet lebih prestasi.




4. Segway Human Transporter



Self-balancing pertama, mesin pengangkutan bertenaga elektrik dicipta oleh Dean Kamen, yang dikenal sebagai diciptakan pada tahun 2000.

Diluncurkan pada tahun 2001 oleh syarikat Segway transporter, memerlukan manusia menggunakan kestabilan dinamik untuk mengaktifkan transporter bagi keseimbangan diri dengan bantuan sensor kemiringan, gyroskop dan perangkat komputer built-in.

Transporter menyesuaikan dengan gerakan tubuh pada tahap 100 gerakan per-saat. Model pertama tidak dilengkapi dengan rem dan meluncur pada kelajuan 12 km per jam, kelajuan dan arah dapat dikendalikan oleh mekanisme manual.

Sebuah model improvisasi yang dinaik taraf kembali pada tahun 2006 memungkinkan pengguna untuk menyesuaikan kecepatan dan arah melalui bantuan komputer juga.




5. Drone (Unmanned Aerial Vehicle)



Pada awalnya, drone digunakan untuk keperluan ketenteraan. Bahkan hingga hari ini, teknologi drone untuk ketenteraan semakin canggih dan mengagumkan. Namun, banyak pula drone yang telah diciptakan untuk keperluan bukan ketenteraan. Contohnya untuk keperluan pengambilan gambar dan video dalam bidang perfileman dan kajian termasuk risikan. Turut terdapat dalam kalangan orang awam yang memiliki drone hanya untuk sekadar hobi untuk memiliki pesawat tanpa juruterbang ini.






6. Battleview 360 – Helmet “Pandangan X-Ray” Menembusi Perisai Kereta Kebal




Masalah utama kereta kebal sejak kali pertama kemunculannya ialah kesukaran krew untuk melihat dunia luar. Ini mendedahkan mereka kepada serangan menggunakan ATGM (anti tank guided missile) dari arah belakang. Kereta kebal Merkava milik Israel yang dikatakan paling selamat turut menjadi mangsa ATGM pihak Hezbollah. Oleh itu sistem yang membenarkan krew mempunyai pandangan 360 adalah penting bagi memastikan boleh terus memburu musuh dan bukannya menjadi mangsa buruan.

BattleView 360 ialah sistem helmet yang membolehkan krew kereta kebal untuk melihat menembusi perisai besi yang mengelilingi mereka seperti pandangan X-Ray . Tiga kamera video lensa sudut lebar dipasang pada bahagian luar kereta kebal dan gambar komposit panorama 360 darjah dihasilkan. Melalui helmet dengan paparan khas, pemandu dan komander kereta kebal dapat melihat keadaan sekeliling kenderaan yang mereka naiki. Masalah titik buta yang dieksploitasikan pengendali ATGM kini dihapuskan. Sistem BattleView 360 menggunakan semula teknologi yang digunakan pada helmet juruterbang pesawat pejuang Lockheed F-35 Lighning II dengan kemampuan yang serupa.

Buat masa ini BattleView 360 masih lagi dalam proses percubaan bersama tentera Sweden. Halangan utama teknologi ini ialah kos dan saiz helmet yang besar. Ruang masih lagi premium di dalam sebuah kereta kebal dan penggunaan helmet gergasi masih lagi belum praktikal untuk dunia sebenar. Pada waktu yang sama tentera Norway juga sedang mencuba teknologi yang seakan serupa pada kereta perisai mereka menggunakan Oculus Rift.




7. Leveranged freedom chair



Untuk berjuta-juta orang kurang upaya, kerusi roda merupakan kenderaan terpenting untuk membantu pergerakan mereka. Namun, kerusi roda yang sedia ada tidak mampu untuk mencapai setiap pergerakan. Leveranged Freedom Chair (LFC) satu ciptaan baru yang dihasilkan bagi mengatasi masalah ini. Reka bentuk kerusi roda ini membolehkan ia bergerak di atas pelbagai permukaan. Keupayaan LFC dalam mendatangkan kepuasan kepada pengguna sememangnya tidak dapat di nafikan. Malahan inovasi ini telah terpilih menjadi salah satu peserta peringkat akhir Fast Company Inovation by Design Award pada tahun 2012.




8. Basikal terbang



Basikal terbang yang direka supaya anda mampu terbang di udara dengan hanya menggunakan kayuhan. Basikal terbang yang direka oleh 'team designer' terdiri daripada Technodat, Evektor dan Duratec ini membolehkan anda terbang di udara selama 5 minit, dengan menggunakan konsep gabungan struktur duralumin yang ringan, daya dorongan berketepatan tinggi dan teknologi penstabilan yang 'advanced'. Basikal seberat 85kg ini mampu digerakkan selama antara 30-50 minit, dengan kelajuan maksimum mencapai sehingga 50 kilometer sejam.






9. Skuter Bagasi




Kenderaan jenis skuter yang begitu mudah dan sesuai digunakan sememangnya menjadi kegemaran bagi beberapa kalangan di pelbagai belahan penjuru dunia. Hal tersebut nampaknya menjadi inspirasi bagi beberapa perusahaan kenderaan bermotor di dunia untuk mengembangkan kenderaan roda dua yang memiliki mesin automatik agar lebih inovatif dan lebih baik lagi. Akhirnya hal tersebut pun mula diciptakan oleh sebuah syarikat outomatif Denmark yang menciptakan skuter pelbagai guna yang unik, di mana skuter tersebut memiliki bagasi yang begitu sesuai digunakan termasuklah untuk bersiar-siar.







10. Aeromobil 3.0








Berat kenderaan ini adalah 400 kg sahaja dan dapat mencapai 700km sejam dalam setiap penerbangan. Juraj Vuculik adalah pencipta kepada kenderaan ini. Kenderaan ini hanya memerlukan landasan 200 meter untuk terbang.

Daripada segi reka bentuk pula, kenderaan ini mempunyai sayap menjangkau 8 meter panjang dan pada setiap penerbangan, kenderaan ini hanya menggunakan 7,5 liter minyak buat setiap 100 km perjalanan.

How to use Edmodo



Selasa, 1 Disember 2015

VIDEO TEKNOLOGI DAN INOVASI



2. KOMPUTER HOLOGRAM


3.TEKNOLOGI KERETA MASA DEPAN  


4. JETLEV FLYER


5. KAPAL SELAM PERIBADI SEPERTI IKAN YU


6..DOLFI - MESIN BASUH ULTRASONIK


7. BIONIC BOOT


8. HOVERBIKE




GAMBAR PROJEK BAHAN BANTU MENGAJAR (REPLIKA JANTUNG MANUSIA)

Model Sistem Respirasi ringkas dan mudah dibina. Model ini dihasilkan daripada bahan-bahan kitar semula. Masa yang diperlukan untuk membuat model ini antara 5-10 minit. Senang je. Bahan-bahan pun mudah didapati.

Bahan-bahanya adalah:

1. Paip pvc sekaki
2. Penyambung T pvc
3. Plastisin
4. Plastik
5. Botol plastik
6. Tape
7. Getah